spoon

~pajeri nenas~

0

Minggu ni minggu yang sangat membusykan bt aku.. So maaflah sebab x dapat nk apdet sangat belog ni.. Hari ni ada lah sikit masa tok aku excercisekan jari2 ni mnaip disini.. mana taw kot2 pas ni ley mnaip tanpa mlihat keyboard..heheheehe..(perasan sungguh aku ni)..


Okie lah tanpa membuang masa n membuatkan orang rasa bosan membaca post aku yang berjela2 ni,moh kite proceed ke resipi yang aku nak kongsi hari ni.. Macam yang korang nampak kat atas tuh,hari ni aku nak masak pajeri nenas..  Jom tengok apa bahan2 yang kita perlukan.. 

Bahan - bahannya
  • Nenas sebiji (dibuang kulitnya dan dihiris)
  • Bawang besar 1 labu (dihiris)
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • Halia setengah inci (dimayang halus)
  • Kulit kayu manis 1
  • Bunga lawang 1
  • Daun kari 
  • Serbuk kari ikan 2 bungkus kecil
  • Kelapa parut sebiji (diambil santannya)
  • Kerisik 1 paket 
  • Gula (4 sudu besar)
  • Garam (secukup rasa)
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • Air (sedikit)
Cara - caranya
  1. Tumiskan bawang besar,bawang putih,halia,daun kari,kulit kayu manis & bunga lawang..
  2. Setelah kesemua bahan tadi keperang -perangan, masukkan serbuk kari dan sedikit air..
  3. Tunggu sehingga bahan tadi naik bau,masukkan pula kerisik dan biarkan sehingga kering..
  4. kemudian, masukkan pula nenas dan kacaukan biar sebati dengan kari tadi..
  5. masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih..
  6. masukkan garam dan gula..
  7. biar sehingga pekat sdikit dan siaplah sudah menu kita hari ni..
kat bawah ni hasil yang aku buat..


P/S :- penggunaan nenas mengikut minat masing2,ada yg suka nenas masak n ada yg suka nenas muda.. aku suka yg baru2 nak masak 2..heee... bila bt pajeri ni tringat kat adikku nazreen..

~Ikan Cencaru Belah Belakang~

0

Assalamualaikum.. Lepas penat2 buat video petang tadi,tetiba datang kerajinan tok mengapdet 1 lagi resipi yang aku rasa sangat menarik buat mereka yang menggemari ikan jaket a.k.a ikan cencaru.. menu kita harini adalah ikan cencaru belah belakang a.k.a ikan sumbat.. tidak banyak bahan yang diperlukan untuk membuat ikan ini dan masa yang diperlukan untuk menyiapkan hidangan ni pon sekejap sahaja.. jom kita tengok bahan - bahan yang diperlukan bagi menyediakan resipi ini..


Bahan - bahannya

Ikan cencaru            4 ekor
Cili masak                7 biji
Bawang besar          sebiji
Air asam jawa          (ikut citarasa sendiri)
Garam                       (secukup rasa)
Gula                           (secukup rasa)
Kunyit 
Minyak                       (untuk menggoreng)

  1. Ambil ikan cecaru dan belah belakangnya menggunakan pisau yang tajam ye.. 
  2. Setelah itu cuci ikan tadi sehingga bersih.. Kemudian ambil sedikit kunyit dan garam untuk digaul bersama ikan tadi (buat macam nk goreng ikan)..
  3. Dalam masa yang sama ambil cili masak dan kisar menggunakan pengisar kering.. Kisar sehingga halus..
  4. Kemudian kisarkan pula bawang besar yang telah telah dihiris.. 
  5. Campurkan kedua2 bahan kisaran tadi..
  6. Masukkan air asam jawa,garam dan gula mengikut citarasa masing2.. 
  7. Setelah itu kacau sehingga bahan - bahan tadi sebati dan bolehlah disumbatkan bahan - bahan ini ke dalam belakang ikan yang kita belahkan tadi.. 
  8. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing.. 
  9. Maka siaplah sudah menu kita pada hari ini..
Kat bawah ni hasil ikan yang dah siap digoreng..


P/S :- sory gambar x cantik..x da paper hiasan coz susah nk dapat bahan bila dok kat ostel ni..

~Roti Sardin~

2

Hari ni aku nak kongsi caner nak bt roti sardin (sardin gulung).. Idea ni aku dapat lepas makan roti sardin yang wawa bt..sangat2 sedap.. semalam aku pon try lah bt roti sardin ni dan aku rasa menu ni sesuai tok sarapan n minum petang.. Seperti biasa lah, kita kena lah sediakan bahan2 yang diperlukan. moh usha kat bawah ni bahan2 tok hasilkan roti sardin ni..


Bahan - bahan 


  • Roti sebungkus kecil   
  • Sardin setin kecil
  • Bawang besar 1 labu
  • Limau nipis (ikut minat masing2)
  • Cili padi 4 biji
  • Garam (secukup rasa)
  • Telur sebiji
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara - cara
  1. Sardin yang telah dibuka di ambil dan di tekan2 menggunakan sudu bg menghancurkannya.. 
  2. Hiris bawang besar dan cili padi dan campurkan kedalam sardin yang telah dilenyekkan tadi..
  3. Perahkan sedikit limau nipis kedalam bahan yang telah dicampurkan tadi dan gaulkan sebati..
  4. masukkan garam sedikit dan dikacau rata..
  5. ambil roti dan lenyek2kan roti itu sedikit bagi mengurangkan serapan minyak ke atas roti..
  6. ambil sardin yang telah siap digaul tadi dan letakkan sedikit diatas roti yang telah dilenyekkan..
  7. gulung roti dan sapukan sedikit putih telur pada roti sebagai pelekat..
  8. celupkan roti yang sudah digulung kedalam telur dan gorengkan sehingga kekuning - kuningan..
  9. bolehlah dihidangkan roti yang siap digoreng dengan air kopi atau teh panas..
Nak tengok hasil yang aku bt x.. Tuh ada pic kat bawah tuh..


P/S :- Selamat mencuba.. Afi, meh r blaja masak.. t senang nk tolong anis masak kat dapur.. :)))

~Tom Yam Campur~

0

assalamualaikum n salam sejahtera semua.. Hari ni aku nak citer cner nak buat Tom Yam campur, tapi ikut cara aku la..hehehhe.. Aku pon x sure tok brp org makan ni coz aku buat yang ni tok makan 3 orang..huuu.. Nk tahu apa bahan2 yg diperlukan.. Tgk bawah ni..


Bahan - bahannya 

  • Ayam sebelah (dipotong kecil)..
  • Sotong 4 ekor ...
  • Udang 15 ekor ...
  • Fishball 1 paket (dibelah 2)...
  • Bunga kobis (yg ni aku x sure ,ikut keinginan sendiri)...
  • Putik jagung 1 paket (dihiris halus)..
  • Lobak merah 2 batang (dihiris / dipotong mengikut kreativiti sendiri)..
  • Tomato 2 biji (dibelah 4)..
  • Bawang Holland 1 labu (dibelah 6)
  • Cili padi 4 biji (di belah 2)
  • Serai 2 atau 3 batang (diketuk)
  • Daun limau purut 3 helai
  • Pes tom yam 2 paket
  • Minyak masak (untuk menumis)

Cara - caranya
  1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak masak.
  2. Masukkan pes tom yam setelah kuali panas dan tumis sebentar.
  3. Masukkan air di dalam periuk kemudian masukkan pula ayam yang telah dipotong kecil..
  4. Biarkan sehingga mendidih,sementara itu serai yang telah diketuk dan koyak2kan daun limau purut untuk dilmasukkan ke dalam periuk tadi..
  5. Kemudian,masukkan fishball,sotong n udang dan kacaukan..
  6. Masukkan pula bunga kobis,lobak merah,putik jagung n cili padi..
  7. Masukkan garam n bahan perasa(jika perlu)
  8. Kacau lagi dan biarkan sehingga masak..
  9. Dekat2 nak tutup api,masukkanbawang besar dan tomato.. ianya bg mengelakkan tomato tadi 2 hancur..tutupkan api dan bolehlah dihidang dengan nasi putih..


kat bawah ni pic tom yam yang aku bt :))))




p/s :- selamat mencuba n menikmati hidangan anda.. nampak mnarik x tom yam saya..heee..

~Kek Batik Cokelat~

2

Hari ni adalah hari yang sangat memenatkan buat aku.. mana taknye,dah berjegilkan mata sampai pagi tok stadi.. 2 la,org da banyak nasihat,stadi 2 biar awal2,so x der r nk menggelabah beruk menelaah pepagi bute..seperti bese r ayat aku "x bley stadi awal2 nt lupe"..last2 amek hang,bnyk chapter x sempat cover.. 

okeyh,berbalik semula kat episod masak memasak neyh.. Hari ni aku nk share sket cara nak buat kek batik.. Ianya mengambil masa yang singkat tok bt kek ni.. Firstly,korang kena r sediakan bahan2 tok memasak kan.. nak taw per bahan2nya korang ley rujuk kat bawah ni..

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter  (boleh gantikan dengan marjerin)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula  (boleh gantikan dgn susu pekat) untuk mengurangkan pengambilan gula dlm makanan.
** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara - caranya :-
  1. Patah2kan biskut dalam bekas.
  2. Campurkan koko,milo,air,gula. 
  3. Dengan api sederhana, kacaukan sampai bahan sehingga larut.
  4. Masukkan butter dan kacau sampai butter cair
  5. Kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).
  6. Padamkan api dan masukkan biskut yg telah dipatahkan tadi.
  7. Kacau sehingga semua biskut di selaputi cokelat.
  8. Masukkan dlm loyang..tekan2 sedikit sehingga padat dan simpan dlm peti sejuk.
  9. Setelah sejuk boleh lah dipotong dan dihidang..
**(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)

sekianlah sahaja cara2 membuat kek batik.. mudah jer kan.. x perlukan masa yang lama n teknik2 yang menyusahkan badan.. campak3,dah siap..heee.. so apa lagi,kepada mereka yang gemar memasak, selamat mencuba.. 
credit 4 "my resipi" coz bg sdikit sbnyk info mengenai masakan2 yg saya x taw.. :))

My First Post..(6/1/11)

0

"aku merinduimu hafiz lee".. Tiada muzik iringan utk malam ni..

Assalamualaikum n salam sejahtera..Ni adalah post pertamaku bt korang semua.. Actually aku da der blog b4 this but aku sajer jer bt blog ni coz aku rasa blog lamer 2 cam x aman jer..hehehehe.. aku tader r minat sgt nk berblogging ni sbnrnye tp disebabkan nampak mnarik jer benda alah ni, aku pon meringankan tangan aku tok bt akaun kat blogspot ni..


Meh sini nak citer kit serba sdikit mengenai driku.. 
Syena Aminah Binti Zulkurnain..
Anak kdua dr 3 bradik.. (popuan tunggul k)
IM NOT SINGLE !!!.. da jadi milik HAFIZ LEE..
happening but its really hard 4 u 2 understand me..
love my family and hafiz lee..
studying at unisel (BAC. OF MULTIMEDIA INDUSTRY)


Aku rasa da x da bnd yg mnarik utk korang taw ttg aku lg kot.. So aku nak mengundurkan diri la.. Da pkul 2 lebih ni.. Ngantok n sok class kol 8..