spoon

~ gulai lemak putih pucuk manis ~

2

Assalamualaikum & salam sejahtera.. Oleh kerana sy sedang bercuti hujung minggu,sy terase nak mengapdet my blog lah pulok..naseb ader gambor2 dalam lappy ni..so ley la buat entry hr ni.. berbalik kepada menu kita..Hari ni sy nk berkongsi menu "Gulai lemak putih pucuk manis".. Kepada sesiapa yang berminat,moh kiter tengk apa bahan2 yang diperlukan..




Bahan2nya :-
  • sayur pucuk manis/pucuk nasin 1 ikat..
  • bawang besar sebelah..
  • cili masak/cili merah sebiji..
  • ikan bilis (ikut minat,sy x pandai nk anggarkan)..
  • santan/ kelapa sebiji..

Cara - caranya :-




 mula2 lurutkan daun pucuk manis dr dahannya.. (pilih yang elok jer taw)








kemudian,rebuskan pucuk manis tadi diatas api selama 5-10 minit ..







setelah itu,toskan pucuk manis yang telah siap direbus tadi..








ambil bawang,cili dan ikan bilis masukkan ke dalam periuk..








kemudian ambil santan / kelapa yang telah di perahkan..masukkan juga kedalam periuk..






kacau bahan2 tadi diatas api yang sederhana..kacau terus bagi mengelakkan santan tadi pecah minyak..masukkan garam secukup rasa..apabila gulai dah nk mendidih,masukkan pucuk manis yg telah ditoskan tadi..kacau sehingga masak..dalam 10 minit.. 




P/S :- ubi keledek juga ley ditambah didalam gulai ni..2 yg mak sy selalu bt lah.. :)) jika ada sebarang kekurangan sy mohon ampun dan maaf..wassalam..

~NaSi AyaM~

0


pejam celik2 rupanya dah 2 bulan aku x mengapdet ape2 kat sini.. apa nak buat,penyakit M dah mai time 2.. x per la..walaupun cuti menaip,aku tetap teruskan minat memasak aku kat uma.. sempat ler aku amik sikit2 gambo mase nak masak 2.. Kali ni aku nk share cner nak bt nasi ayam..





Bahan2 untuk nasi :-



- 5 hiris halia (agak2 seinci lah jugak)..
- 2 helai daun pandan..
- 2 ulas bawang putih (diketuk @ dihiris)..
- kulit kayu manis..
- bunga lawang..
- kiub pati ayam knorr..
- beras..
- garam secukup rasa


cara - caranya :-



tumiskan  bawang putih,halia,kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga kekuning kuningan..









kemudian masukkan kiub pati ayam dan biarkan garing..








setelah itu masukkan beras yang telah dicuci bersih..








tambahkan air (buat macam nak masak nasi 2)..x reti sgt nak mengagak..x lupa juga masukkan garam & daun pandan.






Bahan2 untuk sup ayam :-

bahan A
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang ptih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)

bahan B
ayam x sampai sebelah pon (dipotong kecil)..
ubi kentang 3 biji (di buang kulit dan di belah empat)
garam (secukup rasa)


cara - caranya :-

firstly kesemua bahan A di atas 2 diblend..
maka jadilah seperti gambar kat sebelah ni --->
then tumiskan sehingga kekuning2an






kemudian masukkan kiub pati ayam ni then biar garing sikit..
lepas 2 boleh lah masukkan air..





lepas dah masuk air2 masukkan ayam..dan biarkan sekejap..dalam 5 -10 minit..masukkan garam secukupnya..






kemudian masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga ubi kentang dan ayam empuk..







Bahan2 ayam goreng :-
bahan A
bawang besar 1 1/2 labu (dihiris)
bawang putih 6 ulas (dihiris)
halia 3 inci (dihiris)
serai 2 batang (dihiris)



bahan B
ayam sebelah (ikut suka hati nak potong berapa)
kunyit (secukupnya)
kicap (secukupnya)
garam (secukupnya)




Cara - caranya :-
- kisarkan kesemua bahan A sehinga hancur..
- campurkan bahan A & bahan B..
- gaul sehingga sebati..
<---hasilnya selepas dicampur semua bahan..
- perapkan selama setengah jam @ sejam..
- bolehlah digoreng dan dihidangkan bersama nasi dan sup yang telah kita bt tadi..


P/S :- jika ada sebarang pertanyaan,anda boleh post di bahagian bawah 2.. :))